KENAPA BACK UP INCOME SANGAT PENTING WALAUPUN SUAMI SANGAT BERTANGGUNGJAWAB - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KENAPA BACK UP INCOME SANGAT PENTING WALAUPUN SUAMI SANGAT BERTANGGUNGJAWAB

Wednesday, January 20, 2021

KENAPA BACK UP INCOME SANGAT PENTING WALAUPUN SUAMI SANGAT BERTANGGUNGJAWAB

 Nak menitis airmata apabila melihat bayi comel yang baru beberapa hari melihat dunia.


Hadirnya dia selepas beberapa hari bapanya pergi mengadap Allah.


Ibunya kena kuat. Demi anak2 yang masih kecil.


Ibunya surirumah sepenuh masa. Namun nasib baik pandai buat kek. Dapat la ibunya tambah pendapatan sementara pencen arwah bapanya diproses.


Kisah lain pula, 


Selama berpuluh2 tahun mengabdikan diri pada suami dan anak2. 


Hanya beberapa bulan lagi suaminya nak bersara, suaminya berkahwin lain dan telah menceraikannya. 


Maka terkontang kanting la dia mencari rezeki. Ingatkan dapat makan pencen dengan suaminya. Rupanya rezeki perempuan lain. 


Kisah surirumah yang lain.


Bahagianya dia kerana suaminya sangat bertanggungjawab. Untuk apa dia cari income kerana suaminya telah sediakan segalanya. 


Hujan ribut di petang hari. Suami telah diberhentikan kerja. 


Wahai isteri sama ada surirumah atau bekerja. 


Ni antara contoh2 kisah benar yang berlaku dan banyak lagi kisah2 yang tersurat dalam fail bantuan jkm. 


Walaupun ada suami sebagai pencari nafkah utama, namun pengajaran yang che kak dapat sepanjang che kak keje bagi bantuan kat orang susah. 


Bila2 masa boleh berubah status. Jadi ibu tunggal, kematian suami, atau ditinggalkan suami dengan bercerai atau tidak. 


Boleh jadi suami terlantar sakit atau kehilangan pekerjaan. 


Sebagai wanita, kita perlu ada back up income. Bukan bermakna kita ambil alih tugas suami menyediakan nafkah. 


Anggap sebagai payung. Waktu panas pun nak payung. Waktu hujan pun nak payung. 


Nak back up income tak semestinya kena kerja keluar dari rumah. 


Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Sambil jaga anak, urus rumah tangga boleh je buat dropship. 


Apabila ada orang bagi cadangan kat kita suruh buat side income, tak perlu nak melenting "apa guna ada suami kalau tak abeskan duit dia". 


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com