KENAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KENAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN

Monday, April 12, 2021

KENAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN

 "Doa tak makbul" 


Rasa tertarik nak share kenapa doa kita tak dimakbulkan. 


Walaupun dah tahu, kita refresh. 


Bukan orang Islam sahaja yang berdoa. Bahkan semua bangsa dan agama berdoa dengan cara dan fahaman masing-masing. 


Apatah lagi kita sebagai orang Islam. Sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin.


Macam biasa, sambil drive gi keje, sempat le layan tazkirah bersama Ustaz Syed Manis FM. 


Walaupun dengar sekejap je tapi amat bermakna. 


Berbalik kepada topik doa tak makbul. Kenapa ye? 


Dah doa macam-macam kat Allah.  Tapi kenapa Allah tak makbulkan? 


Sebab kita gopoh dalam doa. 


Kita persoal kenapa Allah tak makbulkan permintaan kita. 


Sepatutnya, kita terus berdoa tanpa merungut kepada Allah. 


Umpama macam ni la. Korang minta cuti 2 hari dengan boss tapi boss tak bagi. Lepas tu kau merungut-rungut boss tak bagi cuti. 😂


Macam mentor che kak bagitau juga. Terus berdoa. Jangan ambil keje Tuhan. 


Sebab lain juga, makan minum dari sumber haram. 


Sumber haram ni ada 2. 


Secara fizikalnya haram seperti makan babi, bangkai. Makanan yang diproses dan dibungkus pun kita tengok balik bahan kandungan dia. 


Selain itu makanan dah halal tapi kita beli dengan sumber haram seperti rasuah, mencuri, tipu claim. 


Buat maksiat juga menghalang doa dimakbulkan. Contohnya berpakaian tidak menutup aurat. 


Kita lupa bahawa Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersangka baiklah dengan Allah.


Ustaz ada gak wat perumpamaan. Contohnya ada ular masuk dalam rumah. Anak kecil nampak. Dah tentu dia nak main dengan ular tu.


Kita sebagai mak, dah tentu ikhtiar jauhkan anak dari ular sebab tahu mudharat.


Si anak ni duk nangis nak main juga dengan ular.


Begitulah juga dengan kita. Kita nak projek juta-juta. Allah tak bagi sebab dengan projek juta-juta tu membuatkan kita lalai dengan Allah.


Kesimpulannya, terus berdoa dan bersangka baiklah dengan Allah. Sampai masanya Allah akan bagi juga apa yang kita doakan. 


#chekakforever

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com