GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP ANAK-ANAK - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP ANAK-ANAK

Sunday, August 1, 2021

GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP ANAK-ANAK

 Throwback

20 tahun yang lalu


"Engko dah beli tiket ke?"


"Belum. Aku tak balik."


"Eh kenapa tak balik kampung? 

Tak ingat kat famili ke? 

Ish raya kot."


Perlahan-lahan dia tunjuk gambar pasport seorang lelaki.


"Ayah engko ke? Ish ganasnya muka."


Tersedar tersasul cepat-cepat tampar mulut sendiri. 


"Minta maaf , awokkk. Tak sengaja kata macam tu".


"Haaa memang pun ayah aku jahat."


Rupanya ada sisi gelap yang dia sembunyi selama ni.


Dari sekolah lagi dia menjadi mangsa cabul ayahnya.


Sambil ambil dia balik sekolah pun, ayahnya sempat lagi cabulnya walaupun di atas motor.


Tak tahan kena cabul bertahun-tahun, akhirnya dia melarikan diri dari rumah.


Dia sangat naif masa tu.

Tak tahu nak ngadu kat sape sebab takut orang tak percaya.


Natijahnya, dia la yang dicop anak derhaka, anak ada masalah akhlak kerana melarikan diri.


Anak-anak perlu didedahkan tentang penjagaan dan keselamatan diri supaya tak menjadi mangsa orang yang bertopengkan syaitan ni.


Pemangsa ada di mana sahaja. Walaupun muka suci , jangan mudah percaya.


Gais, walaupun nak menyusu baby depan atuk ke depan adik beradik ke, please la. 


Pi la menyusu dalam bilik ke atau tempat tersorok sikit.


Jangan ingat atuk takde nafsu.

Jangan ingat hubungan kekeluargaan tu tiket anak-anak selamat dari mangsa serangan seksual.


Kita tak mampu nak ubah dunia yang jahat supaya jadi baik. Sebab tu ada neraka syurga. 


#bekaspelindungjkmwpkl


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com