DAYUSKAH SEORANG SUAMI? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: DAYUSKAH SEORANG SUAMI?

Monday, November 7, 2022

DAYUSKAH SEORANG SUAMI?

Semalam terdengar seorang ustazah yang mengatakan suami adalah dayus kerana membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki.

Che kak tak berani nak ulas dari segi hukum. Lagipun sekolah agama setakat tingkatan 5 tak membuatkan che kak rasa ada ilmu agama yang mencukupi.

Pada pandangan che kak, apabila melibatkan isu sebegini bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan sedunia pun menghadapi situasi sebegini, wajarlah kita rujuk kepada badan berautoriti. Ianya perlu dibincangkan secara berilmiah oleh pakar-pakar agama dan perubatan serta mengeluarkan fatwa yang boleh dirujuk semua pihak.

Takde la penceramah agama yang akan mengeluarkan kenyataan mengelirukan. Apatah lagi isu dayus sangat sensitif bagi seorang suami. Adakah benar-benar dayus apabila aurat isteri terbuka semasa bersalin dengan doktor lelaki?

Cuma che kak nak share kisah che kak sepanjang che kak 9 kali hamil (7 kali bersalin, 2 kali keguguran).

Dari awal lagi klinik swasta reject sebab ada history pembedahan jantung semasa kecil. Maka check up di klinik kerajaan. Awal-awal lagi dah kena tampal stiker berisiko tinggi di buku pink.

Apabila menyedari diri ini sangat memerlukan khidmat dari jururawat dan doktor-doktor kerajaan, maka che kak tak tergamak nak demand dari awal buka buku pink lagi. Apatah lagi nak demand masa dalam labour room.

Hanya memikirkan tentang keselamatan diri dan anak je. Lebih-lebih lagi masa sakit nak bersalin lagi la tak sempat nak fikir apa-apa dah. Kepada Allah jua kita berserah.

Semuanya che kak serah diri je sebab percaya kepada kepakaran, ilmu, intergriti dan profesional mereka.

Alhamdulillah dengan izin Allah, anak-anak selamat dilahirkan dan che kak pun selamat walaupun berisiko tinggi. Terima kasih tak terhingga kepada kakitangan dan pakar-pakar perubatan kerajaan. Hanya Allah jua yang membalas segala amanah dan kebaikan mereka.


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com