RINDU PADA DIA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: RINDU PADA DIA

Thursday, March 9, 2023

RINDU PADA DIA

 Entah ler. Che kak tak reti nak cakap che kak rindu kat dia. Sayang kat dia. Yang pastinya asik gaduh je kalau ada depan mata. Haha. 



Si dia pun pernah cakap "abang relo panah peda dengan awok daripada panah sore".😝 Biasanya ke mana² pun kami sentiasa berdua walaupun sekadar beli ayam seekor kat pasar.


Kami bukan pasangan romantik. Apatah lagi nak tunjuk romantiknya kami kat medsoc. 


Pernah juga che kak tanya bakpo tok ajin wi adioh bungo? Si dia jawab "wat gapo, bukannyo buleh make". Tapi dia wi hadioh bungo bling² hok tok leh make sungguh. Sapa tak termake dibuatnya😝  


Pernah juga che kak tanya "abang saye sayo dop?". Dia jawab "tok soh tanyo soale bodo." Kerana jawapannya dia sentiasa jalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Mithalinya seorang suami tidak terletak kepada romantiknya tayang bahagia. 


Si dia selalu tegur tanpa jemu sekiranya menyalahi hukum agama kerana nak sama² masuk syurga. Tapi bini brehi menjawab. Haha. Sekiranya nampak che kak buat silap dan dosa itu adalah kekhilafan che kak. 



Balik kerja rasa sangat sunyi walaupun dikelilingi anak². Setiap hari si dia tanpa jemu masak macam² menu untuk kami. Mana la che kak tak gemuk. 



Entah kenapa suka suki je orang nak pisahkan kami. Eh tak mau dah tulis sebab tak pasal nanti kena jawab aduan. Haha. Kena menjawab dah sebelum ni sebab status² che kak yang lalu.  Terpaksa set only me🤣.


Nak luahkan perasaan pun tak boleh. Serius sangat la korang ni. Sape buat mengadu tu, harap dapat la tolong kembalikan suami che kak. 😌

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com